Asya@Majlis Perundingan Belia Peringkat Kawasan Setiawangsa
Syukur..selesai tanggungjawab mewakili MAYC Setiawangsa di Majlis Perundingan Belia Peringkat Kawasan Setiawangsa last week (7 April 2019) . Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat DBKL, Cawangan Setiawangsa, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa.
![]() |
| Terima kasih Akhbar Wilayahku...Tahniah kepada semua yang menjayakan Majlis Perundingan Belia Setiawangsa. |
Objektif MPBK ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan serta memperkuatkan jaringan hubungan bersama agensi dan komuniti setempat dalam menyuarakan isu-isu pembangunan belia dikawasan Setiawangsa. Sebanyak 11 usul telah diutarakan dengan hampir 90% dijawab oleh agensi yang terlibat. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Mohammed Nazeri Bin Gaib, Pegawai Belia dan sukan Setiawangsa, ahli-ahli gabungan MBK Seputeh serta Puan Azlina Bt Zainal sebagai wakil pemerhati JBS WPKL.
Terima Kasih sis @t.h.i.s.i.s.m.a.z.a atas kepercayaan & ruang yang diberikan.Semoga usul2 baik dari kami terialisasi supaya semua belia mendapat manfaat. Nanti nak sekolahkan #qayladruce kat setiawangsa, pelapis leader kawasan. 😂😗
.



Comments