MASKUM DAY-2 (part 1)
HARI YANG CERIA!!!
Walaupun kene bangun lebih awal dari biasa .. Tapi yang saya pelik.. hari ke-2 ni saya sungguh seGar ~.~ tak rasa mengantuk.. dan sifat2 semulajadi yang selalu mengantuk tu macam berpindah ke sulu ku - Madelina.. ahaha.. (for hanz&layla: akhirnya med pecah rekod mengantuk sepanjang program..)
Jam 7.30 am, selepas sarapan dan aktiviti senam pagi kami bertolak ke Dewan Kompleks LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Belawai untuk membersih & menghias dewan sebagai persediaan untuk majlis Penutupan ahad ni nanti.
Sebelum acara membersih baru lah kami berkesempatan buat icebreaking ..dan selepas icebreaking tu lah baru nampak semua peserta bergaul selesa antara satu sama lain..dan even yang datang dari satu IPT pun bukan kenal masing2..yerlah lain2 fakulti +jurang senior,junior.. inikan pulak yang datang dari IPT yang lain..
OK, selesai sudah acara di dewan..sekarang kami bertolak ke Kg.Rajang untuk melawat Pusat Tenunan Songket mereka (kampung ni agak terpencil) . Pusat ini beroperasi sejak tahun 1991 dan diusahakan oleh Persatuan Tenun kampung ini sendiri.
Sempat saya menemuramah 2 ahli persatuan yang juga penenun di sini.. kata mereka kebanyakan songket berukuran 2 meter. Segala peralatan menenun mereka tempah dari Terengganu dan songket yang ditempah dijamin siap sekurang-kurangnya 30hari.
Dua gambar ni bukan saya punya.. tq to kak aishah cuz sudi bagi gambar ni
Selesai melawat dalam lebih kurang 30 minit..kami sempat bergambar beramai2 di depan Pusat Tenunan
Next... >>> kami ke Pusat Latihan Perkayuan PUSAKA (PLPPTM)
Pusaka telah terlibat secara lansung dalam usaha untuk membangunkan Bandar Baru Tg.Manis-Halal Hub, menurut Encik Mohamad-pengurus PUSAKA Tg.Manis, mereka bertanggungjawab untuk membangunkan industri perkayuan melalui penggunaan kayu secara optimum, mengurangkan eksport balak dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar...
dan disebabkan itu wujudnya pusat latihan secara percuma ni... terbuka kepada warganegara malaysia seawal 16 tahun.. latihan selama 10 bulan ni dilatih oleh para pengukir profesional daripada Japara, Indonesia (tempat yang bertaraf ukiran terbaik/no1 dunia) untung2..Bengkel di sini terbahagi kepada dua iaitu ukiran dan perabot... bengkel latihan ni telah mencapai standard 5S.. mcm kat bawah ni..
memang layak pun.. bengkel yang bersih dan rapi tersusun.. keselamatan itu penting!
ok.. kami sempat melihat demo dari jurulatih...
sempat lah beliau terangkan serba sedikit tentang jenis2 pahat dan tips2 mengukir kepada student yang ambil seni halus..
teng3.. medelina sempat posing..dan berikut antara pameran hasil kerja pelatih dan jurulatih
Comments
wahhh .. sy nk 10 ela kaen songket yg awk n med tenun ea . hihih
semua tentang kesenian warisan kita..