MASKUM DAY-2 (part 2)

TENG2... selepas selesai solat jumaat..tepat jam 2.30 kami bertolak ke lokasi masing2 mengikut 4 pecahan kumpulan.. dipendekan cerita kumpulan saya telah di amanahkan untuk bersama-sama dengan adik2 di sekolah rendah Abang Galau, Kg Rejang.. mulanya kesemua kami- 9 orang fasilitator berdebar2 sebab takut adik2 di sini pasif or nakal2..tapi alhamdulilah..semuanya aktif, cergas lagi cerdas.

 Masa yang diperuntukan kepada kami tersangat lah pendek..cuma 2jam dan kami perlu meninggalkan sesuatu yang cukup bermakna kepada mereka.. kerana hari yang semakin lewat.. adik2 pun kelihatan layap (mengantuk) jadi kami telah menggunakan masa yang diperuntukan dengan aktiviti icebreaking dan game..30minit terakhir barulah sesi motivasi dan ditutup dengan sesi Q&A... 

mereka mengelar saya... Kak Puteh..yeah..nama baru lagi..ahaha~

 Masih tak dapat saya lupa kenangan sesi Q&A...semua fasi telah bersiap sedia untuk menjawab soalan adik2.. yang pada kami mesti mereka akan tanya soalan berkaitan tips2 belajar or tips2 pengurusan diri/masa..seiring dengan game2 yang mereka dah main lah... tup2...selepas selesai sesi nasihat and etc..sorang adik yang pendiam ni bangun dan bertanya.. "kak, Kenak kelip-kelip berkelip??....."


ahahaha... memang jawapannya mudah..tapi jika korang diberi masa 2minit untuk jawab..tapi tak ingat...kah2!malulah kalau abang2,kakak2 dari universiti kalah dengan adik2 sekolah rendah...dush!..then the worst part..semua kami terlupa jawapan saintifik untuk soalan tu...suka@tidak..hantam jah. bagi jawapan selamat.. itulah keunikan ciptaan tuhan..ghehehe...habis jer aktiviti dengan mereka..terbahak2 kami tergelak.. memang kenangan terindah!

 
 Now...aktiviti malam ialah makan malam alu-aluan kepada para peserta sukarelawan IPTA Kenyalang oleh pihak PUSAKA. Saya suka dinner macam ni..simple. tak payah nak lorat2..memang dari awal kami telah dinasihatkan untuk berpakaian biasa2 jer.. yang penting selesa dan kami ada benda untuk dipersembahkan... satu persembahan daripada setiap IPT.

 See??wakil dari UNIMAS...sempoi kan.. kami koir ke karok ke saya pun tak tahu..belasah je.. nyanyi lagu kenangan terindah beramai2..

 Yang ni aktiviti selingan...POCO2!! khas buat HANZ&LAYLA.... tengok2..bukan main lagi medelina anak ling tu bergelek...ahahahhaa~ confim dia panas tgk gambar ni... jgn dia upload video sudah.. parai ke ku... (bahasa iban..mati saya..) ahahhaa!

meet my friend: HERBSON... a.k.a>> abg Herbs BEST!

 

 before i end this entry...just nak share yang saya sangat suka dengan makanan melanau ni..sesar unjur with sagok asli (udang kering& sagu asli ).. sedap.. boleh dibuat snek. tapi sayang saya dah tersalah beli sagu.. yang besar2 tak sedap.. next time kalau u all berpeluang beli sagu kat sarawak..beli yang asli..kecik2 cam gambar kat atas ni..k??

Pss: besok..day3... aktiviti gotong-royong!! jangan lupa singgah k..

Comments

mr.syazwan said…
sekali tgk pic2 ini

umpama ARTIS n Peminat je

hahahaha
iKhRam said…
best pulak tgok gmbar dgn budak2 sekolah tue.. teringat anak2 murid pertama saya dahulu.. begitulah keriangannya..
wan: yelah tu... adik2 ni serbu kak puteh sampai sanggop beratur.. nak email FB and signature..wah2...seronok sangat.hehe
ikhram: kan?? rasanya itulah antara kebahagiaan seorang guru..melihat dan melayan keletah anak2 murid mereka di sekolah.. :)
Syuhada said…
setuju dgn mr.syazwan,da mcm artis dah tgk.. ;D

Popular posts from this blog

The Making of My Fantasy & Imagination Night

having a good weekend.yea!